Baru-baru ni aku terjumpa kawan masa sekolah rendah yang dah baper belas tahun tak jumpa dalam fb. Sembang punya sembang dalam fb, tiba-tiba dia ingatkan aku memori lama. Dia cakap,
'weh...ko ingat tak kita pernah main sanding2 dalam kelas masa darjah 3?'.
Apekah!!!! Dammit. Tiba2 plak dia ingatkan kenangan yang tak bleh blah itu... Ok... Aku mmg ingat ada adegan bersanding dalam kelas. Siap ada cikgu lg time tu. Tapi tak blajar masa tu. Aku ingat ada org jd pengapit. Tapi serius aku tak ingat aku adalah org yang disandingkan itu! Yang aku ingat aku mcm bz kesana kemari dengan sebuah buku di tangan. Kemudian dia menguatkan lagi dakwaan bahawa yang lawaknya aku bersanding sambil baca buku pend islam!!!
Lagi sekali, apekah!!!! Sungguh tidak boleh diterima!!! Hahahahaha!!! Rasa nak terjun bangunan jer bila memikirkan semula. Damm! Apesal la aku boleh terjebak dengan kegiatan tak bermoral ini di waktu usia 9 tahun? Mmg tak bleh blah. Haha.
Tapi ok whattt~~~!. Sekurang-kurangnya bila orang tanyer penah bersanding? Aku bleh cakap penah :p. Hehehe.
Sweet dan seronoknya menjadi kanak-kanak. Hmmm.... :D
p/s: entry ini di taip khamis lepas :D xoxo!
..........................................................................................................................................................................
Diet
Sabtu 2 minggu lepas - KFC (Snack Plate)Jumaat lepas - Pizza Hut (Spaghetti Meatball)
Ahad minggu lepas - KFC (Snack plate)
Semalam - McD (Nugget set)
Hari ni - KFC + Domino Pizza ( 2 ketul ayam dan sepotong pizza dan muffin 4 biji)
Ok fine. Aku takleh lagi salahkan peningkatan umur konon menyebabkan metabolism aku turun dan menjadikan angka pada penimbang macam makin naik dan naik tanak stop dah..gumuks!!
Cik MyLA ooii....beringatlah sebelum terlambat!!!!