Aku sendiri pun tidak faham apa yang aku rasa sebenarnya. Apa yang aku dapat katakan, mungkin…just mungkin kerana hati aku yang pernah terluka dulu, kembali terasa pedih di parut lama.
- “Betul juga kata orang tua-tua, sekali terluka sampai bila-bila kan terasa pedihnya”
Maaf pun sudah, terima pun sudah, melupainya pun sudah tetapi kembali juga rasa kecewa, frustrated dan kesedihan yang mendalam akan kisah lalu.
Kisah yang aku sebenarnya, tidak suka sangat tetapi it’s okay to talk about or think about sebab semuanya sudah tidak bermakna bagi aku. Well, siapa suka apabila cinta kita ditolak, siapa yang tidak kecewa apabila cinta suci kita dianggap sejati namun tidak dapat menerimanya kerana cintanya sudah untuk orang lain…Frust! Memang frust!
Tetapi, setelah sekian lama tiba-tiba kita dapat tahu yang cintanya kepada yang lain itu juga ditolak, lantas dia pula yang kecewa dan keseorangan…hati mulai tertanya-tanya, hati kelonjakan sendirian,
- “Masih ada kah peluang untuk aku bersamanya? Adakah dia akan menerima aku kali ini?”
jauh di sudut kebiruan kalbu ini, satu bisikan menghantui ku…
“Bukankah dia pernah mengecewakan kau? Mengapa masih mahu kembali kepadanya walau dia sudah sendirian? …tidakkah kau masih terasa luka lalu? Tidakkah kau ingat betapa hancur luluh perasaan mu? Tidakkah kau ingat bagaimana susahnya kau mengharungi hidup setelah dilukai dulu? Kau masih inginkan nya?”
Fuhh…it’s not easy apabila hati pernah terluka, perit rasanya. Walau aku tahu kini dia keseorangan, dan aku tahu peluang untuk bercinta kembali terbuka…tetapi berat rasanya untuk mengorak kembali cinta lalu. Walau jelas sekali dia sedang di dalam situasi yang agak lemah dan pasti menerima saja cinta yang hadir akibat dia juga dilukai….BUT, mungkin aku tidak akan kembali menagih cintanya.
Berat hati memikirkannya, berat lagi jiwa ini yang pernah dilukai. Kekecewaan lalu tidak mungkin dapat aku lupakan. Mungkin aku dapat bersatu dengannya, mungkin cinta kami kan mulai berputik dan dipupuk semula, tetapi tidak mungkin aku bahagia bersamanya.
Hati aku yang pernah dilukainya pasti akan bangkit memberontak, mengingatkan aku kembali bagaimana saat-saat dia membuang aku, menolak cinta ku, menyisih segala usaha ku, menganggap segala tindakan ku bagai debu-debu yang tertiup bayu sendu, berterbangan lenyap di kedinginan senja kali, hingga hancur sebuah harapan suci…
Tapi aku masih cintakan dia… ya, aku masih sayangkannya. Rela aku berkorban apa sahaja untuknya, rela aku bersusah payah deminya, mahu ku habiskan segala harta untuk kebahagiaannya… namun untuk aku bersamanya, memilikinya, mungkin tidak! Keperitan hati ini yang pernah dilukai, terlalu pedih walau pun untuk menyapu sedikit penawar untuknya…
Apa yang harus aku lakukan? Mandikan diri ku dengan kegembiraan selagi boleh dan sejauh yang terdaya kerana…kemurungan ini mungkin akan terus berpanjangan, kehadirannya mungkin akan terus ku rasai, cinta ini mungkin akan terus bersemadi di hujung-hujung jari jemari, ditepi-tepi kepiluan hati yang pernah dilukai… so,
“Life is too short, enjoy it while you still can!”
........................................................................................................................................
Mengapa Lelaki Pergi Setelah Anda Meluah Perasaan?
Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.
Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.
Tetapi…
…bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah THE ONE…
…maka sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.
Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.
Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?
1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional
Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).
Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.
Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.
2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!
Betul – ada kemungkinan!
Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.
Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.
Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.
Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.
Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.
Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.
Tragedi Bermula!
Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.
Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara...........
p/s:renung-renungkan!