-->
SNAZZYSPACE.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Belog Mylaa Weyy

Don't condemn my writing if you don't know what exactly I try to tell you.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, February 15, 2010

Entahlah>>>

Kadang-kadang apa yang kita nak kita tak dapat dan apa yang kita tak nak itulah yang akan mengejar kita. Dan kamu semua pasti pernah merasainya kan?


Tapi sejauhmana kamu boleh menerimanya? Adakah kamu dapat menerimanya dengan seikhlas hati atau kamu masih mahu hipokrit untuk menerimanya? Hipokrit lg?

Hari ini aku belajar sesuatu yang penting. Maafkan lah orang dengan seikhlas hati kamu maka kamu akan lebih merasa tenang selepas itu percayalah. Ya, aku mudah memaafkan orang. Kalo sebelum ni aku merasa tertekan kerana aku mudah sangat memaafkan orang walaupun aku sendiri terluka dengannya tapi kini tidak lagi.

Malah aku sangat bersyukur kerana aku bukanlah tergolong dalam jenis orang yang suka berdendam. Cuba kamu bayangkan kalo orang yang suka berdendam tenangkah hati mereka? Sudah pasti dalam fikiran mereka penuh dengan agenda-agenda untuk membalas dendam.

Hati mereka juga pasti tidak tenang. Apa yang penting walau bagaimanapun hati kamu dilukai, ataupun diri kamu dihina (tidak merujuk kepada aku) apa yang perlu kamu lakukan adalah memaafkan perbuatan mereka itu dengan seikhlas hati.

Hidup kita singkat. Hidup juga bagaikan roda. Kalo kamu berada di atas tak kan selamanya kamu akan berada di atas. Goes around comes around right???

Aku tahu, aku juga tidak sempurna, aku juga banyak melakukan dosa serta kesilapan kerana aku juga manusia biasa. Tapi bila kamu menyedari segala kesalahan kamu itu janganlah kamu mengulanginya lagi.

Aku juga ingin jadi yang terbaik dan aku sedang berusaha untuk jadi yang terbaik. Aku juga bukan sempurna tetapi aku ingin berusaha untuk menyempurnakan diri aku. Apa yang penting usaha kamu.

Maafkanlah orang dengan seikhlas hati kamu. Dan aku telah maafkan dia seikhlas hati aku. Aku harap aku akan lebih tenang selepas ini. Tidur ku juga akan kembali lena. (Sempat lagi fikir tdo huhuhu).

Kamu, saya sayangkan kamu, harap persahabatan kita tidak lagi dicemari dengan sikap saling membenci dan kamu juga masih sayangkan saya kan?? 0-0 ok?

dikarot oleh Mylaa Weyy at 5:25 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home

LAGU RAYA

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.





HEYY HOOO

Photobucket Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan In the name of Allah the most gracious the most merciful. Readers, selamat menjamu mata. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Life is a story.
get this [close]

TRAFFIC

budak hitam tengah skodeng
Domo-kun Cute), url(Domo-kun Cute), auto;}
Backgrounds & Plaid Backgrounds
Segala karut marut diatas adalah dicipta oleh Mylaa Weyy. Powered by Blogger.