(Entry yg dah lewat~~hehe~~)
Alhamdulillah. Genap 30 hari berpuasa.
Syukur sangat-sangat kerana YA RABB maseh memberi kesempatan kepada saya dan (erk. kamu semua juga) untuk merasai Ramadhan.
Semua kita maseh berpeluang untuk menikmati Ramadhan pada tahu hadapan.
Err. Esok raya erk?
Hehehe. Seronok kan?
Aku tidak berperasaan pun.
Biasa saja. Tidak segembira zaman kecik-kecik dulu.
Dah besar nie, tak pernah pulak rasa se-excited zaman budak-budak dulu.
Rindu nyer masa tue.
Zaman kutip duet raya. Siap ayah belikan beg tangan untok aku dan adek simpan duet raya.
Rindu nyer masa tue.
Tiap-tiap kali raya mesti dapat baju baru, stokin baru, kasut baru.
Stokin renda-renda. Harharhar. Rindu nyer masa tue...
Waktu tok maseh ada. Tok balut ketupat dengan mak. Aku menjadi penonton dan errr pengibok.
Seronoknyer raya dulu-dulu. Ayah rajen cat rumah.
Mak maseh kuat, masak baaanyak makanan.
Sekarang mak dah tak sekuat dulu.
Rindunyer raya dulu-dulu.
Dulu-dulu, waktu kecik-kecik, waktu maseh berhingus, asal raya jer ayah mesti bawak pergi istana.
Kutip duit raya dari raya. Bukan jer istana raja, bahkan singgahsana raja muda juga.
Belom lagi rumah menteri besar.
Seronok nyer masa tue.
Rumah kawan-kawan ayah, rumah menteri, rumah raja, rumah sanak-saudara, WAJIB pergi.
Nak kumpul duit raya banyak-banyak katakan.
Huhuhu. Rindu nyer.
Sekarang dah besar. Dah hampir umur 21 tahun.
Takkan nak beratur di istana lagi? Takkan nak beratur ambil duit raya di rumah menteri lagi?
Stokin renda-renda? Huh!
Rindunyer.
Apa-apa pun, saya maseh syukur sangat-sangat kerana maseh ada mak dan ayah yang paling best di dunia.
Maseh ada adek dan abang.
Maseh punya kesihatan yang baek.
Maseh ada rezeki yang berpanjangan.
Maseh ada keupayaan untuk beribadah.
Hurm.
Syukur.
Ok. Alang-alang dah buat entri raya, saya borongkan sekali larh ucapan raya.
Tak lengkap entri raya tanpa ucapan raya.
Macam tak lengkap kehidupan Spongebob tanpa Patrick.
Ehem. Ehem.
Selamat hari raya buat semua rakan blogger tersyang.
Keluarga dan rakan-rakan.
Terutamanya, err, abang tersayang yang tak dapat balik raya tahun nie.
Sunyi lar rumah tanpa abang.
Tak kurang lar ketupat dan rendang sebab abang takda
Takda lar nak bising kat sapa lagi bila balik semayang raya tengok abang tengah terbongkah dengan indah dan nikmat. Cis! Benda jahat jugak yang aku rindu. Rararara.
.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.