pernah tak dalam hati kita berbisik nak jadi macam dia ni lah, dia tu lah?pernah tak?pernah kan?aku banyak kali pernah.lagi-lagi bila tengok orang tu dah la cantik, pandai, kaya, baik pulak tu.
lagi-lagi bab cantik ni.memang lumrah semua orang nak cantik. pakai cantik-cantik, suka benda cantik-cantik, girlfriend cantik-cantik, anak cantik-cantik..semua lah nak yang cantik-cantik.tapi cantik bagi setiap orang adalah berbeza-beza.sebab pernah 2 3 4 5 kali atau lebih insiden yang melibatkan argument(eh bahasa melayu apa eh) pasal kecantikan seseorang tu.contohnya, ada la kawan lelaki saya bagitahu ex gilfriend dia cantik giiiiila gila gila tahap gila baboon la, tapi bila aku tengok yela cantik la,gila tu tak ada la.rupanya cinta pandang pertama dia.cerita yang sama berlaku dengan kawan-kawan yang lain.ada yang saya tanya ha awek tu cantik kan?serius bagi aku cantik tapi bagi kawan yang lain tu katanya biasa je..so my point is, pandangan dan perspektif kita berbeza tentang kecantikan.
sebab cantik tak bermakna hidung mancung, bibir merah dan mungil, mata besar dan bulat, kulit cerah semata-mata.ada yang berpendapat hitam manis tu cantik, begitu juga dengan yang bermata kecil atau berhidung bulat.
tapi bagi aku SEMUA ORANG CANTIK sebenarnya.kalau tak, takdalah kita ni mahkluk yang paling sempurna ciptaanNYA kan?kan?jadi kita kena berbangga seadanya dengan apa yang telah dianugerahkan Allah.semua yang terjadi pasti ada hikmahnya betul tak?kiita kena terima setiap kekurangan diri kita.if kita rasa kita ni banyak kekurangan, lebih ramai lagi yang serba kekurangan dan susah dari kita.memang betul hidup ni jangan pandang ke bawah,tapi hidup ni bukan juga hanya pandang ke atas sahaja.bersyukur dengan nikmat yang diberi dan kekurangan tu kita cuba baiki :)
i bet all of you have heard of first impression?yes.it is so important.sebagai contoh, cara pemakaian,kebersihan diri, personaliti yang mana menghasilkan suatu pandangan kepada orang yang melihat kita buat pertama kalinya.benda-benda ni nampak remeh tapi betul memang memberi kesan pada orang lain.katakan lah kita jumpa mamat ni owh hensemnya kalah david beckham, tapi di hidungnya terselit tahi hidung, warna hijau pula tu.haaa korang nak ke tak nak nak ke tak nak berkenalan and tolong bersihkan tahi di hidung beliau?
penjagaan harian seperti memakai pencuci muka, toner and mosturizer janganlah diabaikan demi kesihatan kulit, termasuklah minum air masak dengan jumlah yang banyak setiap hari. selain itu, saya nak sentuh bab kebersihan diri.ye la, kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah lama tak mengorek telinga. everytime mandi,cuba cuci-cuci telinga tu sikit dengan tangan. jangan kerap sebab bahaya.cuci kerap boleh ye. hidung pula sila pastikan bulu hidung berada kemas di dalam hidung.begitu juga gigi,gosok gigi at least dua kali sehari, jumpa dentist at least dua kali setahun.mudah bukan?
okay okay aku rasa kan, cantik ni lebih kepada sedap mata memandang.macam mana tu ye?
cara nak jadi orang yang sedap setiap mata yang memandang ialah sangat mudah iaitu SENYUM.senyum ya bukan sengih.sila senyum sekarang.alololo sedapnya mata memandang korang.well aku rasa akan sejuk hati bila tengok orang senyum.it is so wonderful.tapi ia adalah perkara sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan orang.kan?sebab saya selalu senyum kat orang yang mostly perempuan and i waited for her to smile back at me tapi hampeh you alls.malah aku akan dipandang pelik macam dia sedang berkata, 'eh,aku kenal ke minah ni? -_-'
senyum tu kan sedekah kawan-kawan, then dermalah sedikit..sampai dilagukan kot senyum tu.cuba nyanyi.cuba nyanyi.
bila kita senyum, orang yang tengok kita pun rasa senang.ada kawan cakap, cara senyuman ikhlas ialah dengan membesarkan mata dan senyum nampak gigi.er adakah seperti ini?
tak semestinya kot.kalau tanya saya,memang jawapan klise yang akan saya beri iaitu senyum dari hati.ikhlas.ecece.senyum ni hobi aku sebab saya tahu muka aku jenis garang,bengis.tengok ni:
takot tak takot tak?
tapi bila senyum :
ha..tu dia.sweet sikit kan..nak kenal tak nak kenal tak?eh eh ku intai cinta dalam rahsia siapa tu.jiran sebelah ke?ish ish gatal.
satu cara lagi nak bagi sedap mata dipandang ialah dengan yakin terhadap diri sendiri.penerangan untuk yakin ringkas je ye kawan-kawan. okay, maksud yakin disini ialah cara korang bawak diri dihadapan orang lain. ini termasuklah cara kita bercakap, sebab sesiapa yang bercakap dengan penuh yakin memang menarik. tapi yakin bukan dengan menjadi orang lain ye, yakin dengan diri sendiri.cara berdiri pun boleh melambangkan keyakinan.sebagai contoh orang yang berdiri sambil tangannya tak tentu hala bergerak dengan orang yang berdiri tegak,dan pergerakan tangannya terkawal.
sebab tu la dalam pencarian miss world or miss lain-lain tu,mesti ada sesi soal jawab yang mana menunjukkan keyakinan diri dalam menjawab soalan impromptu.sebab keyakinan tu melambangkan kecantikan dan alahai sedapnya mata memandang.
gambar untuk yakin tak ada ye dalam pasaran.
satu lagi, hati kita kena bersih.bukan cuci dengan sabun biozip yang wangi tu ye.bersih iaitu jangan dengki dengan orang lain atau nama glamernya PHD=perasaan hasad dengki.PHD untuk dapat doctor of philosophy tu takpe, dialu-alukan demi kemajuan bangsa dan negara.sebab i notice kita cepat menanam perasaan dengki terhadap orang yang lebih berjaya dari kita siap bomoh-bomohkan lagi.ish ish ish,takmau takmau.itu kan rezeki dia.so kejayaan dia kita jadi kan panduan.okay?bila hati bersih, automatic terpancar pada wajah.betul.ini pesanan arwah embah(nenek) aku.
akhir kata dari aku, mulakan harimu dengan senyuman, keyakinan dan bersihkan hati.
anda juga mampu sedap mata dipandang :))
good day
.....................................................................................