Apa perasaan anda bila kekasihmu di rampas baek punya oleh kawan sendiri?? Bengang tak bengang tak??? Tidakah anda rasa seperti lawtgfchgdfdoocbv!! Atau nak sepak terajang lepas tu rasa nak lemaskan kepala dia kat dalam air tasek yang busuk. Mati kau!! Astagfirullah Al-azim... Memang sakit hati sebab keciwa.. Sakit mata sebab air mata tak reti nak berhenti mengalir, sampai 3 kotak tisu habes digunakan. Sakit perut sebab mogok konon-konon tak mahu makan. Huh, sangat emo! Dan sahabat handai anda pula memberikan kata-kata..emm, semangat ke?? antara yang biasa di dengar .. Kalau yang slumber... "tak guna betul.. Dia tak pernah tau ke kau nie kawan dia. Tergamak dia buat kau macam ni. Sabar je laa weiih.." Kalau yang baek skit.. "mungkin tuhan nak duga, macam turunkan hujan waktu awak sedang mencari matahari awak. Tapi tak jumpa lalu diberikan pelangi yang indah di pengakhirannya.." Maka bersabar je laa weiih dan menerimanya sebagai satu ujian mahupun dugaan dalam kehidupan dan percintaan.
Kehidupan bukannya mudah. Namun ia perlu diteruskan. Walau dah berjanji bagai, mungkin tak semuanya seperti yang kita harapkan kita dapat. Lepas satu tempoh nanti anda akan automatik revise sendiri benda yang telah berlaku dengan lebih rasional dan bersyukur serta lebih terbuka minda tanpa di pengaruhi emosi yang sedang di rasai. Apa yang penting adalah diri anda sendiri, apa yang anda mahukan. Nak terus bersedih atau mahu teruskan kehidupan..Hah hamik ko.. hamik hamik :) Mungkin sebenarnya anda telah menemukan jodoh minah yang gatal tu dengan mamat yang saje nak try test market (hepp! milah tak baek cakap macam tu) walaupun secara terpaksa T____T Dan mungkin jodoh anda diluar sana dengan
anak orang kaya yang kacak, baik hati, beriman (mesti mauu!), pakai kereta mewah lepas tu boleh lalu depan mamat dan minah tadi show off depan dia orang atau lebih kejam langgar je dua-dua (milah diam kau!) Percayalah.. Believe in the thing’s that have already written..By Allah. Doakan sahaja kebahagiaan untuk dia dan diri sendiri...
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam..
Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yang cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yang cukup utk membuatkan kamu bahagia..