aku ni hidup xder lah lame mana, baru je tengok dunia ni 21 tahun. Tapi sepanjang usia tu, bermacam kerenah manusia sekeliling yang aku dah tengok. Yang baik mengalahkan watak heroin sinetron, yang jahat mengalahkan watak penyangak drama hindustan, dan berbagai2 watak yang ade kat dalam tv tuh...
Life is stranger than fiction. itu betul...Manusia kat dunia realiti ni lebih teruk daripada kt dalam tv tuh..
Aku nak kata aku ni baik takdelah,biasa2 aje. Aku ade gak my evil moments sometimes,hahaaha.. Especially bila bab2 bergossip pasal orang yang pernah sakiti hati aku la. Macam Ex-bf,frenemies dan pompuan yang suka mengutuk buruk pasal aku padahal aku tak kenal diorang pon. Aku kiranya membalas dendam dengan mengutuk diorang dekat kengkawan aku..Alah, macam an eye for an eye, a tooth for a tooth lah kan..heheeh..
Tapi aku bukan jenis yang akan membenci orang sebelum aku kenal orang tuh dulu. Jadi kalau aku kata aku benci seseoang tuh n menyampah kat orang tuh, maknanya orang tu telah menyakiti hati aku dan mempergunakan aku untuk kepentingan dia SAHAJA!!!
Jadi hari ini aku nk bercerita mengenai 'Friend for Benefit'. Orang yang kite gelar ahli keluarga kita, saudara kita, teman lelaki, dan kawan kita yang hanya mengunakan kita untuk kepentingan mereka.
Orang macam nih senang sangat nak di kenal pasti...
Mereka adalah manusia yang ade bila kita ketawa, kita senang, dan hanya mencari kita bila mereka susah, ketika mereka perlukan teman untuk meluahkan perasaan. Tapi bila kita perlukan mereka, mereka hilang, pura-pura tidak mampu menghulurkan bantuan dan mereka tidak ambil kisah langsung mengenai kita.
Aku tak menunding jari mengata sesiapa di sini, cuma ialah bila mak aku bercerita mengenai orang2 yang berperagai begini dan aku berkongsi cerita mengenai orang2 yang pernah buat aku begini..so,timbul satu persoalan yang wujud kat benak permikiran aku nih...
Kenapa aku susah benar hendak kata TIDAK kepada orang lain..?? yelah akan ada orang yang mengambil kesempatan kat aku. TApi kenapalah aku biarkan aje mereka buat begitu kepada aku..Kenapalah aku tak boleh tolak permintaan diorang tuh..
Sebab aku anggap mereka kawan?? Jadi aku tak nak kecilkan hati mereka??
Kawan ape je yang mencari kita bila mereka susah. KAwan apa yang tak mahu berkongsi kesedihan dan kesusahan kita. Kawan apa yang mahu kita selesaikan masalah sedangkan kita dibebani masalah yang menimbun-nimbun...
Dulu ramai sangat kawan yang aku kenal begini..Sebab tu lah aku xder ramai kawan baik. Kawan2 baik aku saper je..ayen,aishah,aziq,fir, my bf n roomate aku dan termasuk juga kawan2 sekolah yang still keep in touch dan amik berat pasal aku.
Biarlah apa orang nak cakap aku ni susah berkawan or susah hendak dapat kawan. Aku tak peduli. Biar kuatiti kawan aku ni sikit asalkn mereka kawan yang berkualiti.. ;)
Sebab sejak aku kecil lagi 'friend for benefit' nih suka sangat amik kesempatan ke atas kelemahan aku, kelemahan aku yang tidak boleh berkata 'tidak' ini. Jadi aku tidak perlukan mereka ini dalam hidup aku...
Aku sama ada akan menjauhakn diri daripada mereka, ataupun aku yang terus akan membenci mereka. Benci is a strong word,but yeh..aku jenis yang macam tuh...susah sangat aku nak benci kat seseorang tuh,but once you make me feel used and unappreciated, i will hate u forever.... KEJAM! tapi at least aku tidak akan membalas atau mengungkit apa yang mereka dah buat kat aku..
Aku tak pernah mintak balik duit yang mereka hutang kat aku, bagi aku..sudah2 laa, benda dah lame..so aku halal kan je...
Aku tak pernah mintak balik masa dan tenaga aku yang terbazir untuk menolong mereka,sebab bagi aku ok lah 2 sape suruh rajin sangat tolong semua orang yang ada masalah..
aku tak pernak mintak penjelasan dari kawan yang pernah mengutuk aku dari belakang, sebab bagi aku..sudahlah, if you dont like me, lets not be friend anymore. But in the future, apa2 yang tak puas hati, say it to my face.. i'll accept it..
tapi itulah,bagi aku itu mungkin ujian dan pengajaran yang aku dapat dalam hidup nih. Supaya aku lebih berhati dalam memilih manusia yang bernama kawan nih... ;)
nota kaki:: sorry ler, hari ni aku emo sket..sebab aku teringatkan cerita2 lama..Nope, aku tak tujukan kepada sesiapa,sebab masa aku tulis nih aku teringat kepada 2-4 orang yang aku trkenangkan...yeah! the number of people that had hurts me,so far.. ;p
Jadi aku tak refer kat sesape pon..Janganlah ada yang terasa OKE!!!!