Entry kali aku nak menceritakan mengenai seseorang yang telah lama pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..
hehehe,tibe2 terkenang pulak kisah yg dah berkarat tetapi agak istimewa dalam hati aku..
semalam secara tidak sengaja aku dapat panggilan dari ibu kepada arwah..dia tanya kabar aku dan kami berbual-bual kosong..Makcik kata selalu mimpi-mimpi yang si arwah datang dan tercium bauan si arwah,meremang gakz bulu roma aku masa dengar tuh..
Arwah meninggal dunia disebabkan kemalangan. Masa tuh arwah bawa motor n mungkin motor yang dipandu agak laju dan bertembung dengan sebuah lori serta hilang kawalan akhirnya terjadilah episod maut yang tidak dapat diselamatkan...
Kebetulan masa tu,aku baru sahaja selesai daripada peperiksaan SPM..bile aku dapat panggilan daripada ibu si arwah,cube korang bayangkan situasi itu. Memang agak sasau-masau lah,terkejut!x percaya!hati meronta! dan akhirnya aku terus call kawan aku serta-merta kami ke rumah arwah di Sepang~~
Setibanya kami, aku tengok mayat arwah sudah dikapankan dan masing-masing membaca yassin yang tinggal hanyalah menunggu masa untuk disemadikan..
Dalam hati aku hanya mampu menangis dan berdoa sahaja....Seminggu sebelum kejadian berlaku,aku sempat berjumpa dengan arwah dan kami berjumpa seperti biasa dan arwah ade memberitahu aku kalau dia nanti dah takde dia mintak tolong beritahu kat Farid suruh Farid amik baju warna putih dalam almari dan arwah cakap dia dah x ada masa untuk pakai baju tu pd masa itu juga arwah begitu ceria, banyak berkata2 bagi mencuit hatiku..Pada hari tersebut seperti yang sebelum ini aku mengenali arwah seorang yang agak pendiam dan sedikit pemalu..masa tu aku tak tahu apa motifnya dan x dapat tangkap yang sebenarnya itulah saat-saat terakhirnya bersama aku..
Walaupun tahun ini masuk tahun keempat arwah meninggalkan aku, tetapi aku akui masih tidak dapat melupakan arwah.Aku pernah berkata pada kawan aku '"aku takut aku x akan kahwin suatu hari nanti" kerana aku terlalu berhati2 memilih pasangan..
Bukan tu shj,buat masa ni pintu hati aku masih lagi belum terbuka untuk menerima cinta lain walaupun ada yang menawan aku..mmg aku dah ada cinta selepas kematian arwah tapi bagi aku macam tak ada pape pon..
Aku tahu,aku tak boleh begini selamanya..tetapi hingga ke saat ini aku bahagia dengan keadaan sekarang. Tiada cinta, tetapi hari-hari aku ceria di sisi teman-teman, keluarga dan pelajaran aku.
Aku tahu sampai masanya nanti aku mungkin akan bercinta lagi, namun bukan buat masa ini.
Malah kiranya ada cinta baru sekalipun ia pastinya tak akan sama dengan cinta aku pada arwah. Dia akan terus dikenang dan mempunyai tempat teristimewa di hati aku...Al-Fatihah~~
Selain itu sekarang hubungan aku dengan si "e" masih di awal permulaan lagi. Semoga aku dapat mengekalkan perhubungan ini~~~~
Sekeping hati ini
telah aku serahkan buatmu
dari saat mula
detik perkenalan
hingga terciptanya
perpisahan
yang tidak pernah
aku bayangkan
Sambutlah rindu ini sayang
Semoga mekar kasih trhadapnya
bawalah cinta pergi
dengan keluhuran seputih salji
selamilah hamparan kasih
hapus semua gundah
akan ku intai bahagia mu
dari jauh
sayang....