Bila saya buat keputusan nak derma darah, reaksi orang disekeliling…
‘Budak tak cukup zat besi ni nak derma darah?..’
‘Ye la tu..bleh caye ke dak ni nak derma darah..’
‘Eee…tak yah la..awak bukannya sihat sangat nak derma darah..’
Hurm..kecewa bila terima reaksi yang macam tu. Terasa macam semua orang pandang rendah. Bagi la semangat sikit..first time ever tau nak derma darah!! Hati mula memberontak. Tak kira apa orang lain cakap, nak jugak derma darah. Kononnya nak buktikan kat semua orang AKU TAK LEMAH. Oleh kerana degil kepala batu yang melampau, niat nak derma darah tetap diteruskan walaupun tak ditemani oleh sesiapa yang dikenali pun..sedih (T_T).
Bila sampai je kat hospital benda pertama yang terlintas kat depan mata adalah teksi. Hati kecilku berkata-kata ‘melampau tak kalau aku curi-curi balik rumah naik teksi..’huh..hipokrit gila. Hilang semua semangat yang berkobar-kobar. Lutut mula menggigil, kepala dah terbayang jarum suntik yang besar, muka pucat, rasa seram sejuk macam nak demam. Hah..demam? Agak-agak kalau bagi alasan tak boleh derma darah sebab demam doktor percaya tak? Tak pun buat-buat pengsan. Ceh! Hampeh.
Finally, lepas beberapa minit sampailah giliran aku derma darah. Agak memalukan bila nak check blood pressure nurse tegur ..’eh..sejuknya tangan..’ hurm..cuma mampu senyum. Tu pun jelas gila senyum yang dipaksa-paksa.
Bius disapu kat tangan. Tak pandang langsung masa nurse cucuk jarum. Bila toleh je tengok jarum dah tercacak kat tangan. Tak sakit langsung. Serius, tak tipu. Cuma tangan mula rasa kebas.....
Tak adalah teruk sangat derma darah ni. Bergantung pada kemampuan diri kita.
haahaha~~~
Next time bolehlah derma darah lagi....