Minggu ni sibuk sikit. Sebab pagi tadi ade exam ujian 2 untuk analisis kuantitatif dan lepas je abis exam terus minta tulun kak min anta kat ktm sebab nak balek kg ler...alaala,sungai besar jerh! sebab my cousin nak kahwin lah esok....(dalam aty berangan gak~~bile la aku nak kahwin kan!) sampai jerh dalam pukul 2..terus mintak makanan kat makcik den! sebab anak sedara nya tengah kelaparan neh!
Okay lets go back to the topic bebeh! Kenapa ABAH? Siapa ABAH? Ada apa dengan ABAH? Dimana ABAH?
Kalau orang lain, mungkin ada yang rapat dengan mak dan dipanggil anak mak. Dan ada jugak yang rapat dengan bapa dan digelar anak bapak. Aku lah salah sorang tu. Anak abah >,<
Dengan ibu pun rapat, boleh kongsi cerita peribadi dengan ibu. Tapi dengan abah lain. Kalau aku tak cerita pun abah tau. Mungkin kimia antara kami sangat kuat. Malah bila ada lelaki yang muncul dalam hidup pun aku akan fikir sama ada dia boleh masuk dengan abah atau tak? Hehe
Kau pernah makan berdua kat luar dengan abah kau tak? Sarapan, lunch atau supper di mamak dengan abah? Bincang-bincang berdua dengan abah kau kat kedai makan atau dalam kereta atau masa terserempak dekat tangga? Keluar berdua atas urusan kerja? Aku selalu.
Abah selalu sibuk. Dari aku kecik lagi. Masa kerja dengan syarikat jepun dulu abah selalu outstation pergi Jepun. Tapi bila balik abah akan balik bawak banyak coklat, patung rusa yang comel dan macam-macam lagi. Paling aku ingat calculator Mickey Mouse warna kuning yang abah bagi. *Suka*
Lepas tu abah berhenti dan buka perniagaan sendiri. Abah ada kilang yang buat besi-besi. Ramai jugak pekerja abah. Okay masa tu aku kecik lagi tak tau sangat lah macam mana atau apa yang kilang abah keluarkan. Yang aku tau abah ada kilang sendiri. Hari sabtu atau ahad kalau abah ke kilang, aku dan adik teruja nak ikut. Tapi datang pun bukan buat apa. Duduk kat bilik abah, main game dekat komputer. Hehe
Tahun 1998, ekonomi merudum. Perniagaan abah pun sama terjejas teruk. Sebab abah banyak projek dengan satu syarikat terkenal dekat Malaysia ni. Kalau sebut nama mesti tau. Tapi syarikat tu pun terjejas dan banyak payment abah sangkut. Abah jual perniagaan pada seorang kawan baik. Tapi malangnya, kawan makan kawan! Kawan abah tu lari. Duit tak bayar habis, mesin dan peralatan kilang semua dia dah bawak lari. Masa tu aku sekolah lagi. Abah tak pernah cerita semua ni. Ibu yang bagitau. Tu pun bila aku tanya. Kesian abah masa tu. Takpelah abah, tu semua harta dunia.
Sebab tu abah paling pantang bila dengar aku nak bukak perniagaan kedai ala2 butik tuh dan ada rakan kongsi atau ada orang berminat nak bagi modal dan aku jalan perniagaan, air muka abah akan serta-merta berubah dan cakap, abah boleh tolong. Biar kecik-kecik tapi tak payah guna duit orang. Bukan takde.
Lepas semua tu, aku tak pasti abah buat apa untuk tanggung keluarga. Tak sedar apa yang jadi mungkin sebab terlalu muda untuk fahami situasi tu. Tapi lama-lama aku makin faham. Mula-mula sebab abah ajak pindah dari rumah dekat putrajaya yang aku sangat suka tu ke rumah flat. Lepas tu abah macam biasa sibuk jugak. Tapi sebab abah memang sibuk dari aku kecik-kecik jadi tak perasan abah buat apa atau apa yang abah hadapi dan rasa. aku anggap abah pergi kerja macam biasa. Tapi aku mula perasan ada benda yang berubah bila abah tukar kereta. Perasann pelik mula wujud.
Sebelum tu ada jugak perubahan, tapi tak fikir apa-apa. Pernah satu hari tu rumah aku takde elektrik. Kena potong. Bergelap dan berteman lilin malam tu. Rumah orang lain terang benderang, tapi kami... Rupanya sebab dah berbulan tak bayar. Lepas tu kereta abah kena tarik. *Redha* Abah diam dan tak cakap apa pasal isu ni. Mungkin abah taknak keluarga dia susah hati. Kesian abah!
Masa tu hidup keluarga aku susah. Cuba kau bayangkan dari senang tiba-tiba jadi susah. Memang jiwa memberontak. Konflik dalaman banyak terjadi masa tu. Tapi masa ni kau kenal saudara. Kau tau siapa kawan dan lawan. Sampai sekarang kalau ingat kan memang dalam hati aku terkilan dengan saudara-mara. Tak apa lah, Allah lebih tahu. Dan atas didikan ibu dan abah dari kecik buat kan aku dan adik beradik tak pernah melawan walaupun dalam hati rasa sakit, marah dan geram pada ahli keluarga yang lain. Mereka yang kononnya saudara mula menjauh dan berperang dingin masa ni. Proses pembesaran masa tu penuh dengan emosi. Tsk.
Tapi mungkin Allah sayang kami...
Abah mula berniaga kecil-kecilan masa tu. Yelah dah biasa berniaga, maka apa pun abah akan terus berniaga dan tak pernah serik. Dari kecil-kecilan yang bermodal kan cuma ratus atau mungkin puluhan ringgit saja masa tu, abah mula. Bermula dari bawah semula. aku bangga ada abah yang macam ni. Mungkin ada masa nanti aku sambung macam mana abah bermula, dan macam mana aku boleh ikut abah berniaga. Nak tau tak?
Sekarang, lepas lebih sepuluh tahun kisah tu, walaupun keluarga aku taklah sekaya atau semewah mana, tapi abah berjaya bangkit! Dan walaupun abah mungkin bukan orang ternama, takde harta berjuta dan tak pakai kereta mewah, tapi aku bangga ada ayah seperti abah! Sebab dalam hidup, aku banyak belajar dari abah. Dari pengalaman abah.
Tak semua orang nak kongsi kisah silam lagi-lagi kalau kisah tu sedih. Harap-harap ada iktibar yang dapat dikongsi. Bila mulut tak mampu bercerita maka tangan akan mula menulis.