Tik, tok, tik, tok, tik, tok, berapa hari saja lagi kita bakal menyaksikan angka 09 bertukar menjadi 10. Orang kata biarlah 2010 menjadi pentas untuk kita semua mencapai apa yang tak kesampaian pada tahun lepas ya kan? Semuanya ingin lebih baik dan berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya Selesaikan masalahmu yang tertunggak dan mulakan hidup baru yang lebih bermakna. Persiapkan dirimu untuk masa depan yang pasti lebih mencabar. Jangan pandang belakang (bukan tajuk filem taw!) lagi dan kuatkan jati diri ke tahap yang terbaik walaupun bukan mudah untuk
kamu melakukannya. Dalam dunia ni tiada apa yang sempurna jadi jangan mudah menyerah kepada keadaan yang mendaifkan dirimu daripada segala segi. Itu semua kekurangan yang sememangnya kita diberi peluang untuk perbaiki.
Segala apa yang diucapkan selama ini harus diingat kembali. Segala janji yang pernah ditaburi dulu harus kembali dipenuhi dan jika tidak mampu untuk penuhi setiap janji yang dibuat, jangan pernah rasa malu atau rendah diri atau apa sahaja perasaan negatif yang ada. Jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah. Sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik. Halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu tetapi diri kamu sendiri.
Jika dirimu ditolak sekalipun, jangan pernah rasa kecewa dan meratap setiap kekurangan yang ada, sebaliknya gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada dirimu sendiri. Orang kata jika tiada gading, tanduk pun berguna gak. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri jadi jangan buang masa untuk buat perbandingan dengan orang lain kerana dirimu tidak pernah sama dengan orang lain. Buat keputusan berdasarkan fakta serta kata hati yang jujur bukan ikut perasaan.
chaiyOk-chaiyOk~~~