-->
SNAZZYSPACE.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Belog Mylaa Weyy

Don't condemn my writing if you don't know what exactly I try to tell you.

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Saturday, December 26, 2009

Kawan Tikam Kawan....!!!!!

Kawan dan lawan dua jenis insan yang memang berlawanan. Kita selalu menganggap kawan adalah orang terbaik dalam dunia. Yang memahami diri dan situasi kita. Tapi kadang-kadang dalam kita tak sedar kawan juga adalah lawan sebab tu la ada pepatah gunting dalam lipatan.


Orang yang aku anggap kawan rupa-rupanya bukan kawan. Orang yang aku kadang-kadang luahkan rasa hati rupanya tak menyimpan rahsia kawannya ni. Menyampaikan cerita pada orang lain tanpa aku tahu apa tujuan dia buat macam tu. Kecewa! Memang sedih gile laa... Aku dapat tau bile sesorang menyampaikan cerita tu pada aku, nak kata cerita tu tipu...mustahil lah! Orang tu memang bersungguh2 cerita kat aku dan suruh aku berhati-hati...


Rupanya bukan semua orang kita boleh percaya.Orang yang kita nampak baik depan mata mungkin ada agenda tersendiri. Kadang-kadang dia juga memberitahu cerita kita pada kawan-kawan yang lain walhal dia tau cerita tu bukan lah sesuatu untuk dikongsi kepada umum.


Kenapa ek orang macam ni? Depan kita pijak semut pun tak mati. Seolah-olah dia menyebelahi dan berpihak pada kita. Meluahkan rasa simpati dengan kisah kita dan memberikan kata-kata semangat agar kita kuat. Tapi sebaliknya dibelakang kita dia menjaja cerita pada orang. Walaupun di depan kau kini aku nampak mesra dan seperti tiada apa2 yang berlaku, tapi hakikatnya di dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu....


Kawan kalau itu adalah dirimu, aku mohon maaf andai salah anggapan ku ini. Dan ketahuilah kawan, aku tak mungkin akan bercerita sepatah pun pada kau lagi...maaf, andainya selama kita berkawan aku selalu menyusahkan kau....dan sekiranya kau membaca entry ini, tepuk dada tanya selera.......wassalam.....

dikarot oleh Mylaa Weyy at 6:48 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home

LAGU RAYA

Name:
Email Address:

Put a website form like this on your site.





HEYY HOOO

Photobucket Assalamualaikum.. Ahlan Wa Sahlan In the name of Allah the most gracious the most merciful. Readers, selamat menjamu mata. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Life is a story.
get this [close]

TRAFFIC

budak hitam tengah skodeng
Domo-kun Cute), url(Domo-kun Cute), auto;}
Backgrounds & Plaid Backgrounds
Segala karut marut diatas adalah dicipta oleh Mylaa Weyy. Powered by Blogger.