Intro di atas adalah di iringi ekspresi wajah mengerenyeh. Uiks? Mengerenyeh? Faham tak? Maksud saya adalah wajah tersengih-sengih. Jangan bayang muka menyeringai pulak tau. Kang jadi wajah misteri nusantara pulak. Anda takut saya tak jamin. Saya takut? Ooohhh.. sila jangan bayang begitu.
Dah beberapa hari tak menjenguk blog ni. Kisahnya saya sakit gigi. Biasalah saya ni. Belum jumpa dentist lagi. Walaupun ada satu ketika sakit melampau hingga tidur bertuamkan bungkusan ais di pipi. Uhukk..
Selain sakit gigi keadaan rumah yg berantakan juga tidak mengizinkan. Ruang keluarga tingkat atas di mana wireless modem saya menumpang teduh adalah sangat bersepah. Hinggakan ruang laluan kaki nak menuju ke suis modem juga terhalang. Baru tadi saya berjaya meloloskan diri meng'on' suis. Baru la dapat online.
Saya ada banyak benda nak cerita. Tapi sekarang macam tak selesa je. Jadi nanti saja saya cerita ok.
see ya n
take care!